Kali ini saya hanya nak kongsi sedikit tentang akaun Adsense saya yang dah berusia 2 tahun. Untuk pengetahuan korang , saya dah join Google Adsense ni sejak Februari 2008 lagi. Bagaimana akaun Adsense saya diluluskan? emm..Lihat ringkasan kronologi perjalanan “Aku dan Adsense”.
1. Sebelum saya memohon akaun Adsense, saya dapatkan beberapa sumber rujukan panduan Adsense yang percuma untuk mempelajari dan memahami apakah itu Google Adsense. Selain itu juga, saya mengeluarkan sedikit modal untuk membeli ebook-ebook panduan belajar Adsense dari mereka yang telah pakar dalam Adsense. Salah satu ebook rujukan saya adalah Raja Adsense yang ditulis oleh saudara Sham. (ebook panduan belajar Adsense yang sesuai untuk Newbie )
2. Setelah memahami serba sedikit tentang Google Adsense, saya mula membina laman blog menggunakan blog provider yang percuma iaitu Blogger.com. Laman Blog saya yang pertama adalah dalam bahasa English. Saya meletakkan lebih kurang 10 artikel di dalam blog tersebut ( saya cadangkan anda menggunakan Blogger.com bagi memohon akaun Adsense kerana ia merupakan salah satu anak syarikat Google. )
3. Setelah blog saya siap, saya mula memohon Akaun Adsense di www.google.com/adsense
4. Selepas 4 hari, akaun Adsense saya telah diluluskan.
5. Bulan pertama, saya hanya mampu memperolehi USD 0.04.
. Saya tidak bersungguh-sungguh buat duit dengan Adsense masa tu )
Walaupun akaun Adsense saya sudah berusia 2 tahun, tapi saya masih tidak dapat menikmati duit adsense. Jumlah pendapatan Adsense saya sehingga sekarang hanyalah USD 8.60. huhuhu. Kesibukan kerja menghalang saya untuk lebih mendalami Adsense dan mempelajari tips dan strategi meningkatkan klik Adsense.
Jadi, Bulan Mac ni, focus nak belajar adsense dengan lebih mendalam dan berusaha untuk dapat cek pertama dari pakcik Google Adsense. hehe
Saya yakin bukan saya sorang sahaja yang mengalami perkara seperti ini ” Tidak aktif dalam Adsense walaupun akaun adsense telah diluluskan”. Korang boleh kongsi pengalaman korang di ruangan komen di bawah.
Alhamdullillah, semalam saya baru sahaja habis membaca ebook percuma Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie. Sebenarnya, ebook ni dah lama saya download tapi tiada masa nak baca. Maklumlah sibuk dengan kerja.
Bulan ni saya nak focus dan mempelajari Google Adsense. Saya harap saya dapat berkongsi maklumat yang berguna untuk pembaca blog ni. Ini adalah Laporan percuma yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar Penulis di dalam usaha menjana pendapatan adsense yang lumayan dalam tahun 2009. eBook ini ditulis oleh saudara Zamlan Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Lanchini.
Beliau pernah menjadi seorang Newbie yang pernah bercita-cita tinggi untuk menjana pendapatan lumayan melalui Google Adsense. Selepas 6 bulan berusaha, Beliau pernah hampir mencapai impian tersebut , akan tetapi impian tersebut musnah apabila akaun adsense beliau dibatalkan oleh pihak Google. Tragedi kegagalan tersebut telah mengajar beliau banyak perkara mengenai Adsense dan turut mendedahkan banyak kelemahan diri beliau sebagai newbie . Semua ini beliau kongsikan di dalam laporan percuma ini.
Saya cadangkan anda perlu baca ebook percuma ini. Ribuan terima kasih kepada Saudara Lanchini kerana sudi berkongsi pengalaman pahit manis beliau bersama adsense. Pelbagai tips dan pantang larang adsense didedahkan .
Beliau juga mendedahkan satu-satunya pantang larang atau terma dan syarat adsense yang patut dilanggar dan bagaimana untuk melakukannya.

Download Laporan Percuma ini sekarang dan belajar Adsense dengan cara yang betul dan tepat.
Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di
Birmingham, Netmedia (UK) Ltd
[1]. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan
Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.
Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan berbanding pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.
Perniagaan Internet beliau di bawah nama
IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari USA, UK, negara-negara Eropah, hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia! Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Sehingga hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di keselesaan rumah menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama isteri dan sepasang cahaya mata.
Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.
Anda berminat dengan perniagaan internet? Sebelum anda melangkah lagi jauh dalam dunia perniagaan internet, anda patut membaca ebook percuma ini ” 7 Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet” terlebih dahulu. Saya telah membacanya dan ebook ini telah memberikan informasi yang berguna untuk saya.

Ringkasan:
- Ebook ini telah dihasilkan oleh 2 usahawan internet muda tempatan yang telah berjaya dalam perniagaan internet.
- Mereka berkongsi ilmu dan pengalaman untuk untuk berjaya dalam bisnes ini.
- 7 Kesilapan yang sering dilakukan oleh newbie dalam memulakan perniagaan internet diterangkan dengan jelas.
DOWNLOAD
P/S : Anda sudah membaca ebook ini? anda boleh beri komen dan pendapat di bawah.
Satu lagi idea buat duit online secara percuma yang ingin saya konsi dengan anda iaitu buat duit dengan upload file atau download file di File hosting percuma di mana anda dibayar setiap kali anda share file atau photo anda dengan orang lain.
Bagaimana anda boleh jana wang dengan program ini?
Anda perlu upload file-file yang anda ingin kongsikan dengan orang lain seperti ebook, mp3,video atau gambar ke file hosting tersebut, kemudian share file ini dengan pengguna internet yang lain melalui link khas yang diberikan, setiap download yang terhasil melalui link tersebut, anda akan diberikan bayaran yang telah ditetapkan. Lagi ramai orang orang download file anda, lagi banyak wang yang anda perolehi.
Apakah kelebihan program file sharing ini?
- Penyertaan: Percuma
- Kemudahan penyimpanan file secara percuma dengan unlimited bandwith ( file hosting tertentu)
- Pendapatan sampingan tanpa perlu modal
Apakah Kekurangannya?
- Bayaran yang kecil
- Jangka masa yang lama untuk jana pendapatan lumayan
( Jika anda kreatif, mungkin anda mampu perolehi keuntungan yang lumayan)
Antara program yang menawarkan service upload file dan buat duit adalah:
1. Ziddu.com
